rasa penat sangat... tak nak belajar dah sebenarnya.. tak larat... demi Allah, aku rindu ayah.. :'(
amoysongs
Search This Blog
Sunday, 20 November 2016
Thursday, 20 October 2016
Saturday, 10 September 2016
...........
Hari ni tergerak lagi hati ni nak meluahkan sesuatu…airmata
pun tak dapat dikawal lagi. Rasa sendiri sahaja.. Kemarin dapat wassep dari abg
johan. Cakap bapa tiba2 tak sedarkan diri. Waktu tu aku di Cais dengan Dayu
tengah uruskan boring untuk SV. Terdiam jak aku bila baca wassep tu. Xtau nak
buat apa. Jantung ku nak meletup sangat2 time tu. Sakit sangat. Suhu badan pun
tiba2 panas. Ya Allah, aku tak kuat time tu. Tapi, aku xtau nak buat apa..depan
dayu aku hanya senyum. Ya Allah..ya Allah..ya Allah..ya Allah..ya Allah…ya
Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya
Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya
Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya
Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya
Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya
Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya
Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya
Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya
Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya
Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya
Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya
Allah…ya Allah…ya Allah…bantu aku ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah….
Hanya Allah yang tahu apa aku rasa sekarang ni.. semangat ku kuat dah untuk
masuk belajar. Ini lagi ujian mu..macam cacing kepanasan sorang2.. rasa nak
gila..sampai sekarang bapa ku xdapat bercakap lagi..kak ika cakap, bapa macam
koma. Aku…..:’(.:’(.:’(.:’(.:’(.:’(.:’(.:’(.:’(.:’(.:’(.:’(.:’(.:’(.:’(.:’(.:’(.:’(.:’(.:’(.:’(
Aku harap bapa cepat sedar….. bapa..bapa…bapa.. bapa.. bapa..bapa..
bapa.. bapa.. bapa.. bapa.. bapa.. bapa.. bapa..
Tuesday, 6 September 2016
SIBUK
Alhamdulillah...hari ni, awal pagi lagi dah dapat mesej dari Kolej Bunga Raya, menyatakan bahawa aku dapat stay kolej...yeaayyy!!!! seronok sangat.. tak payah lah lagi nak susah2 ke sana sini . Nak ke kelas pun senang..hihihihihi...
Masih ada banyak urusan lagi yang perlu diselesaikan sebenarnya..hhmm... pertama sekali, hari ni aku perlu pergi Digi Centre untuk bayar broadband. Second, aku akan ke hospital untuk buat pembayaran awal bil hospital di Pusat Jantung Samarahan. Last but not least, pergi unimas ambik kunci bilik....hihihihihi.... mudah-mudahan semuanya dipermudahkan oleh Allah... Sem ni aku kena kuatkan semangat untuk sambung belajar. SV pun xda lagi..alhamdulillah Dayu ada nak temankan aku..xpa, aku kuaat..Kena tabah sorang2.. Kena rajin belajar! you strong Amoy! U can Do it! FIGHTING!!
Okey lah,.. nak cantik2 dulu. sekejap lagi nak jalan...hihihi
chaww!! -
Masih ada banyak urusan lagi yang perlu diselesaikan sebenarnya..hhmm... pertama sekali, hari ni aku perlu pergi Digi Centre untuk bayar broadband. Second, aku akan ke hospital untuk buat pembayaran awal bil hospital di Pusat Jantung Samarahan. Last but not least, pergi unimas ambik kunci bilik....hihihihihi.... mudah-mudahan semuanya dipermudahkan oleh Allah... Sem ni aku kena kuatkan semangat untuk sambung belajar. SV pun xda lagi..alhamdulillah Dayu ada nak temankan aku..xpa, aku kuaat..Kena tabah sorang2.. Kena rajin belajar! you strong Amoy! U can Do it! FIGHTING!!
Okey lah,.. nak cantik2 dulu. sekejap lagi nak jalan...hihihi
chaww!! -
Suddenly, I MISS THEM... rindu nak stay Sabah..hmm..
FIVE MINUS TWO
Dulu kalau nak masuk belajar, excited sangat masuk Unimas sebab dapat jumpa dorang semua. Sekarang dua orang sahabat berkurangan. Sangat best kalau semua ada kan..
Lepas ni xdapat nak buli Saiful lagi..hahaha...
Program bersama yang di gelar SEHATI... :-)
Tahniah sayang kerana telah maju ke hadapan..cc: Lily Aryani
Rindu dan sayang kau ketat2.. :-*
Menunggu itu setia
Bila orang yang kau tahu
Dia suka kat kau
Minta kau buka hati
Untuk orang lain
Kerna tidak mahu kau terus tunggu
Dia yang belum sedia.
Tapi sebenarnya kau nak,
kau sanggup tunggu.
Kau rasa macam...
Macam seorang isteri
Yang minta suaminya kahwin lain
Walhal suaminya sayangkan isterinya seorang
Tapi isterinya lebih sayangkan kebahagiaan suaminya.
Membuatkan kau terharu. Dan ingin terus tunggu.
# serahkan segalanya padaNya. Kawan :' )
Monday, 29 August 2016
Tekanan Darah naik..Airmata turun
Hari nii aku sakit hati betul...gara2 urusan unimas lah ni..sebelum ni kan aku ada terima duit pt sebelum masuk sem sept lepas.tapi aku tangguh belajar sebab aku perlu buat pembedahan jantung. Tapi, yuran ku pulak sudah dipotong padahal aku tangguh belajar. Aku rasa tenang sikit jugaklah bila pegawai ukp tu cakap xpa jangan risau bilang sebab yuran tu boleh di anjak ke sem depan. Tapi aku tangguh dua sem dan aku dah maklumkan bpps juga. siap aku hantar surat lagi. Pihak unimas sudah maklum bah pasal penangguhan ku ni.. Aku tak faham lah urusan unimas ni..tetiba plak cakap aku xda list ptptn. Kepala hotak betul lah... kenapa? kalau tangguh belajar terus buang nama student ka?? agak2 lah.. cakap tak serupa bikin betul..!! sama juga dengan kes ku nak masuk hosp..menyampah sangat2...bila di kol, macam2 nombor aku di pass sana sini..ingat apa?? aku kol pakai walkie talkie ka?? pakai hp tau! kalau pakai hp, top up pakai air ka?? TAK! PAKAI DUIT!!! Lepas tu cakap lama2 in the end, tak tau apa2 juga..bila tak tau apa2, passing plak ngan department lain. kenapa?? setiap department di unimas tu xda kaitan ka?? i mean musuh ka?? unimas jugak kan? 1 unimas jugak kan..cakap pun xsopan dengan pelajar..serius! menyakitkan hati betul!
AmoyDumbDiary
Thursday, 18 August 2016
CINTAKU 4 TAHUN LEPAS
Hari ini,
tergerak hati nak share something. Dari pagi sampai malam, jantung ini berdegup
kencang. Macam ada something yang xkena. Aku pun xtau apa..Ada ayat yang
menyatakan, ‘bukan kah mengeluh dan menangis di atas sejadah itu lebih baik
daripada dengan lainnya’. Aku tak tahu apa yang aku takutkan sebenarnya. Penat
rasanya bila jantung berdegup kencang yang amat sangat2.. sebab itu, aku banyak
jauhkan diri daripada orang2 yang pernah buat aku sedih, dan marah. Kalau orang
itu aku sanggup jumpa lama2, maknanya, orang tu buat aku selesa bila dengan dia. Tapi, jika aku
menjauhkan diri, maknanya, aku tidak selesa dengannya. Aku tak tahu apa yang
aku nak. Jujur, aku hanya menipu diri sendiri. Betul lah kata mamat, aku xdapat
nak move on lagi dari kisah yang lama. Aku memang seperti pergunakannya. Sekuat
hati aku mengharapkan mamat akan menjadi insan yang dapat menggantikan insan
yang dulu. HAMPIR. Semua itu hampir terjadi. Hampir saja aku melupakan kisah
silam. Tapi, apa yang dia buat? Melakukan hal yang sama. Membuat luka yang
sama.
Apa yang aku tunggu lagi di Sarawak ini
sebenarnya? Alasan untuk aku disarawak ini sudah tiada lagi. Kenapa aku masih
menunggu ni? Sentiasa mengharapkan dia kembali dengan ku. Mengharapkan dia
berada disisi ku saat aku perlukannya. Keluarga cadangkan aku untuk berhenti
belajar, dan aku juga mahukan itu. Kerna aku sudah penat belajar. Aku tidak
larat sudah…tapi, harapan masih membawa aku untuk kekal di Sarawak. Kenapa? Sebab
aku sentiasa mengharapkan Allah membuka pintu hatinya semula untuk ku. 4 tahun,
aku menantikan dia kembali. Berlakon seolah-olah aku baik2 saja tanpa dia.
Jujur ya Allah, aku sudah tidak kuat lagi. Tolong lah kembalikan dia kepadaku.
4 tahun tanpa henti aku berdoa mengharapkan Allah melembutkan hatinya. 4 tahun
aku melihatnya dengan orang lain. Aku tahu, dia tengah bersedih sekarang, kerna
ditinggalkan kekasihnya. Sedih aku mengetahui semua ni. Tapi, dalam beberapa
hari saja, hatinya sudah bahagia. Allahu alam. Maybe sebab ada pengganti dah? Hanya
dia dan tuhan yang tahu. Yang pastinya, aku sentiasa doakan kebahagiaannya.
Ramai kawan yang tak suka dengan dia sebab perbuatannya sebelum ni. Tapi,
takpa, manja mu, sayangmu, kasihmu, hanya aku yang rasa. Jadi hanya aku yang
tahu kebaikan mu.kekurangannya itu akan ku perbaiki sekiranya kami bersama.
Pelik
lah..tetiba jak hati ni rasa tenang. Lepas nyatakan semua yang ku rasa, lepas
semua sedih ni.. hmm… maybe lepas ni, xpayah nak cari pengganti sangat lah.
Jadikan blog ni sebagai tempat aku meluahkan perasaan. Lagipun xletak follower
pun. Biar xda pengkritik2 kat sini.. biar aku bebas menyatakan segalanya. Okeylah.
Feel much more better now. Apa2 pun, nak cakap yang aku rindu dia hari ni. Sangat2..eh,
bukan hari ni jak! Dari kami berpisah dulu, sampai sekarang. Makin hari, rindu
ku makin kuat untuk dia. Semoga Allah sampaikan salam rindu dan cinta ku kepada
nya agar dia juga rindu dan cintai ku setiap masa. K.
Chaw!
AMOI
Thursday, 11 August 2016
HANCUR SEMUANYA
Raya tahun ni adalah yang terbaik buat aku. Akhirnya aku
sempat juga sambut raya dengan family. Aku nak cerita something yang berlaku
masa raya. Aku tak tahu apa puncanya sampai lah sekarang. Aku balik sabah
sebenarnya memang untuk my own family. Just got extra reason, which is Mamat.
Aku tunggu dan tak sabar nak beraya ngan mamat. Aku sebenarnya tahu dia balik
sabah. Tahu pun dari adiknya punya wechat…hmmm…kenapa dia xbagitahu, aku pun
tak tahu. Tapi, masa tu bagi aku xpa. Mungkin dia ada sebab kenapa berdiam. Aku
pun berani kan diri juga untuk tanya dia kalau dia balik sabah. Itupun baru dia
bagitahu. Waktu tu aku jadi takut. Seolah-olah ada something yang xkena dengan
hubungan kami. Tapi, aku kuat kan diri dan sedia dengan semuanya. Setiap kali
dia xwassep, aku xpernah persoalkan apa2 atau minta alasan sebab aku xnak dia
tertekan. Kadang ada satu tahap tu, aku sendiri yang wassep dia sbb nak tahu
khabar dia..Entahlah ..aku tak faham lah lelaki ni. Kadang perempuan ni, dia
tak perlukan apa2 dari kau. Perempuan hanya inginkan perhatian. Walaupun tiada
ungkapan cinta itu, tapi perhatian itu sudah cukup. Menahan malu aku memulakan
bicara, menanya khabar. Tapi, jawapan dia hanya sekerat-sekerat. Raya tahun ni,
dia cakap nak datang rumah.Itupun sebab aku yang suruh. Kalau tak, jangan
harap. Dia datang tu pun, half day jak spent time. Padahal lama sudah datang
sabah. Hhmmm… tapi, aku diamkan semua tu.. half day pun half day jak lah. Yang
penting dapat spent time together sbb aku tahu, lepas ni kami lama lagi untuk
berjumpa. Maybe 1 year macam tu..or six month. Tu pun kalau dapat jumpa.
Akhirnya dia sampai juga rumah..pastu aku cakap ngan dia nak keluar jalan2.
Kami pun pergi nonton wayang. Punyalah aku happy, dia mau jugak nonton
wayang..for me, at that time he still love me. Dia masih sayang kan aku.
Bahagia hati ini hanya Tuhan yang tahu.. Lepas lalui kesukaran operation tu, at
least mamat dapat legakan sedikit kesakitan. Sekurang-kurangnya mamat masih ada
bersama ku. Dengan penuh semangat, manja, ketawa, aku keluar dengan dia. Dalam
bas, aku dah fikir yang kami dah okey. Aku mesti kuatkan hati dan takkan buat
apa2 kesalahan lagi terhadap mamat. Tapi, apa yang aku pikirkan semuanya x sama
dan tak mengena dengan harapan ku. Ternyata dia tak merasakan rasa yang sama
dengan ku. Masa Kami jalan sama, dia macam jalan dengan orang yang tak
dikenalinya lagi. Aku boleh lihat dari riak wajahnya. Aku sedar di situ, dia
tidak bahagia bersamaku. Tapi, aku kuatkan hati. ‘Nak tanya kah? Apa kena
dengan dia ni?’ teringin nak tnya apa masalah dia. Kenapa dia macam xsuka
keluar dengan aku. Ka dia terpaksa? Tahan wahai hati…-_-… kecewa ku hanya tuhan
yang tahu. Lepas keluar sama, kami sama2 tunggu abang aku ambik. Sebab aku
risau keadaan dia juga, aku mati2 paksa dia suruh kol family dia suruh ambik.
Sebab dia datang dari jauh. Tapi, dia cakap okey2, nanti d bagitahu. Tapi, xda
plak dia kol family dia.. Tu yang buat aku risau. Nak gila aku dibuatnya sebab
risau. Kenapa lah dia tak faham..aku paranoid! At least tenangkan aku dengan
satu panggilan telefon jak.. aku hanya risau sebab aku sayang sangat2…hmm..
Tapi dia buat biasa jak. Bila aku dah naik bas, aku masih lagi rasa bahagia
bersamanya tadi. Last for me, aku wassep
dia, cakap aku sayang kan dia. Tapi, dia balas, cakap dia xboleh sayang aku
macam dulu lagi. Hancur berkecai semuanya. Hanya mampu menangis jak. Tapi
kenapa?? Jadi? Yang kita keluar tengok wayang tu untuk apa? Datang rumah ?? apa
semua tu? Kenapa bagi harapan lepas tu hancurkan semuanya?? Kenaaapaaaa????
Lepas tu..bila aku tanya kenapa? Dia xbagi jawapan. Sebab aku operation?? Dia
cakap tak..biarlah dia jak yang tahu. Ya Allah, tolonglah.. bagi satu reason
jak.. at least tidak lah aku simpan apa2 dendam..
Tapi, tak mengapalah..bagiku semua itu sudah berlalu.. dari
situlah aku faham..kadang mencintai tak semestinya memiliki kan… Dia yang ingin
kan semua ni. Okey, aku tunaikan kehendak kau. Sampai sini sajalah….. mungkin
aku perlu kuatkan hati saja..rawat hati sendiri jak. Semuanya perlukan masa. Aku
takkan pernah ulangi lagi semua ni. Terlalu sakit bagi aku lalui semuanya.
Walaupun tidak aku nyatakan sakit yang aku lalui dari 2012 sampai sekarang,
orang tertentu pasti tahu. Satu hari nanti jika kejadian ini berlaku, aku hanya
perlu berdiam saja kan. Tak perlu merayu lagi. Semuanya sudah hancurkan
perasaan ku. Percayakah lagi aku pada lelaki? Mungkin masih…tapi, tidak sekuat
dulu… sudah lah amoi.. hentikanlah harapan mu….. aku hanya ingin sendiri di
waktu ini.
Monday, 20 June 2016
Ayah, SELAMAT HARI BAPA ^_^
Ayah dalam sakitnya pun, pasti selalu memikirkan nasib keluarga.
Ayah mampu menepis airmatanya karena Tuhan memberi bahu yang kuat untuk menopang kesedihan
Ayah paling tidak bisa jika ada orang yang merendahkan keluarganya.
Ayah selalu terlihat tegar agar anak-anaknya tak merasa khawatir.
Ayah yang tak banyak bicara, yang terkesan tidak perduli, tetapi sesungguhnya yang ada dalam hatinya hanya kita.
Ayah. Marahmu mungkin membuatku kesal. Tapi kecewamu selalu membuatku menyesal. Bila cinta ialah pengorbanan, maka sebabnya Ayah selalu lupa bagaimana rasanya lelah itu Cinta Ayah itu terkadang tak akan terlihat, karena memang ia tak pandai untuk menunjukannya
Cinta seorang Ibu itu menenangkan; cinta seorang Ayah itu menguatkanDia memang bukan malaikat. Tapi ayahku adalah manusia terhebat!Hanya bisa berdoa, maaf belum mampu buatmu bangga. Meski belum cukup memberikan yang terbaik kepadanya, ayah tetap menjadikan aku anak yang ia sayangi. Cintanya tanpa jeda.Pengorbanan seorang Ayah itu tak pernah ada alasan ada apa dan kenapa, yang ia tahu hanya demi kita.
Terkadang dalam bersedih, ayah lebih memilih untuk berdiam. Karena dia memang tak mampu untuk menangis
Selamat Hari Bapa Pak, anakmu disini sentiasa mendoakan dan merinduimu...^_^Superhero tidak perlu kita cari jauh-jauh, keberadaan ayah di keluarga kita sudah lebih dari cukup membuat kita selalu merasa aman dan nyaman. Meskipun hingga sampai saat ini kita belum bisa membalas budi seorang ayah, namun menjadi seseorang yang berjaya dan bahagia itu sudah cukup membuat seorang ayah merasa senang dan tenang di usia yang sudah tak lagi muda.
Kerana Itu Gurauan
Dari awal pengalaman lagi, aku selalu bergurau dalam segala hal. Sampaikan dalam setiap rasa gembira,sedih,sakit,suka,duka,marah,kecewa dan terkejut hanya ekspresi wajah tergelak dengan kuat yang menjawab. Orang yang kenal akan cakap aku ni hati batu,hati tisu...Disitu aku takut orang lain mengecam ku. Siapa mereka untuk menilai.? Mereka menganggap aku pentingkan diri kerana mengorbankan diri sendiri. Segala keputusan yang telah ku buat sebenarnya sudah ku fikirkan seribu satu kesan pada orang lain. Jangan paksa aku untuk mengecam, jangan paksa aku untuk dikecam. Dah memang begini yang ku rasakan positifnya sikap..Di pijak mungkin di dunia dan aku tidak kisah. Jangan dipijak di akhirat dan aku tersangat kisah. Semua ini duniawi amoi...dunia di mana kita diberi dua jalan. Jalan itu adalah jalan Allah dan bukan jalan Allah.. Semua ini duniawi amoi...Jalan yang kita pilih adalah pilihan kita sendiri dan kesan,akibat atau hikmahnya adalah berdasarkan pilihan kita itu.. Semua ini duniawi amoi...hanyalah jika kita kuat hadapinya. Kuat melalui dugaan.. Tiada jawapan untuk mereka yang bertanya dan menolak. Jawapan hanya untuk diri sendiri bagi setiap persoalan,konflik,tanda tanya,jalan dan keresahan ada dalam hati ketika bersujud,bertasbih,berselawat,bersyukur dan beribadah. Wallahu.. - amoi -
Tuesday, 14 June 2016
Harapan Yang Sebelumnya
Fikirkan
semula Aisyah….
Apa yang
kamu lakukan ini betul atau salah?
Kadang aku
selalu pertikaikan keputusan sendiri. Kenapa perlu begini? Kenapa tidak bahagia
sahaja? Lepas semua yang aku lalui ini, mungkin ada terbaik bagiku untuk
sendiri. Sokongan itu bukan sekadar cinta sahaja. Kadang kesepian pun boleh
jadi penenang diri. Aku harapkan keajaiban selepas pembedahan. Aku letak
harapan yang tinggi dalam diri. Aku boleh mengandung, ada peluang walaupun
berisiko. Tapi, takdir….kehendak Allah lain. Dia beri ujian yang sungguh besar
dan bagiku besar sekali hikmahnya sampaikan aku sendiri tidak mampu untuk
mengungkapkan rasa kecewa terhadap takdir. Kerna, takdir/perancangannya itu
pastinya indah sekali tanpa kita ketahui. Aku banyak bincangkan hal ni dengan doctor.
Aku ingin mengandung suatu hari nanti. BOLEH! Tiada masalah katanya. Tapi,
risiko itu yang mak aku sendiri tidak dapat bayangkan betapa bahayanya
sehinggakan mak cakap dia sanggup jaga aku seumur hidup.Bayangkan betapa
sanggupnya seorang ibu yang berkorban. Kenapa aku perlu kecewakan mak?
Aku..jadi serba kekurangan selepas pembedahan. Dalam masa yang sama, aku
meletak harapan pada seorang lelaki yang sentiasa ada sebelum dan selepas pembedahan.
Apa yang akan ku katakan padanya? Mulanya, dia redha dengan semuanya. “Tidak
apa, saya terima semuanya’’..betapa leganya hatiku saat berbaring diatas katil
hospital setiap kali aku merenungkan nasib diri yang serba kekurangan selepas
pembedahan. Tidak mengapa bagiku andai ada yang kurang, kerna aku yakin dia ada
disisi ku. Bahagia itu Allah simpan dalam hati sebagai penguat diri. Tapi,
lepas semuanya? Fikirkan wahai Aisyah..aku sudah jadi seorang yang pentingkan
diri sendiri. Aku meletakkan seorang lelaki sebagai lelaki yang menjadi
penanggung derita. Penanggung derita itu yang perlu ketahui bahawa hidup
bersamaku bermakna tiada zuriat, dan itu yang pastinya. Zaman sekarang, mana
ada fikir lagi semua itu..Boleh ambil anak angkat. Kalau lah aku jadi insan
yang mudah berfikiran seperti itu. Tapi, bersamaku juga..bermaksud aku sudah
menjadi beban jagaan/pesakit buat dirinya. Sampai bila? Sampai akhir hayat?..
Maafkan aku
atas segalanya..semua ni tidak dapat aku luahkan..kerna aku takut aku lemah
dihadapannya. Jadi aku kena kuat untuk lalui semua ini. Keluarga menjadi kepentingan
ku sekarang ini. Hanya Allah yang faham tentang rasa dan sakit ini. Aku
tawakkal. Aku menantikan engkau sendiri yang bosan dan melepaskan aku pergi dan
akhirnya, aku dilepaskan..semudah yang aku sangkakan. Pandai betul aku
berlakon. Sakit ya Allah…sakit rasanya dalam hati ini . Sakit untuk tahu
hakikat yang sebenar, dan aku terpaksa sembunyikan daripadanya. Jaga dia ya
Allah. Dan jaga hati ini agar selalu ingat pada kebenaran-Mu. Keindahan yang
aku perlukan sekarang hanyalah keluarga dan sahabat.
Aku…sudah
terlalu penat melayan yang serius, kadang aku juga perlukan yang main-main.
Aku cuba
yang terbaik untuk tidak ingat padanya untuk sehari saja. Masih mencuba, tengah
mencuba. Mungkin semuanya perlukan masa. Aku faham, sekarang tiada apa yang dia
mampu berikan. Tapi, khabar baiknya itu sudah cukup bagiku. Ketahuilah…aku
baik-baik saja. Kadang aku rasa menanti, kadang rasa tidak. Sekali saja,
‘datanglah bertanyakan ku, bertemulah dengan ku dan katakanlah bahawa kau juga
merasa apa yang aku rasakan disaat ini.’
Aku sentiasa
memohon kehadiranmu tanpa perlu aku nyatakan. Tapi, semua itu hanya harapan
yang aku impikan sewaktu aku berbaring di atas tilam yang dikelilingi hos
oksigen sebelum pembedahan. Harapan itu hanya yang sebelumnya. Bukan yang
sekarang, awak.
EVERYTHING WILL BE FINE
19/04/2016 . Hari
selasa ni akan menjadi hari bersejarah ku. Hari yang mungkin akan menjadi salah
satu penentu hidup dan mati serta masa depan ku. Ini petunjuk dari Allah. Aku
tahu…Cuma berdiam sahaja. Aku sakit jantung yang memerlukan pembedahan besar
dengan menggantikan dua injap besi. Satu injap pula mengalami kebocoran dan
perlu dibaiki. Kehidupan tidak seindah yang aku impikan dari kecil. Harus ada
liku-liku nya yang membawa aku kepada kematangan, tapi bukan ini yang aku sangkakan.
Allah sayangkan aku. Aku tahu itu. Kerna itu, aku berdiam dalam tawa. Apa yang
aku cuba sampaikan sebenarnya dalam kehidupan ini? Banyak kali aku menoleh
mencari keinginan. Apa yang aku harapkan dari Tuhan? Sedangkan aku tidak
menyatakannya. Sakit ini sangat sakit. Kenapa kau amoi masih
berlari,tersenyum,ketawa,bergurau,berjalan ? Kenapa tidak nyatakan kepada
mereka? Nyatakan saja kau sakit. Apa yang kau sembunyikan daripada mereka?
Aku……
Aku hanya inginkan
kebahagiaan mereka yang lain. Aku hanya ingin terlihat kuat di mata mereka.
Kerna, aku sayangkan mereka. Aku hanya ingin mereka faham dengan sendirinya.
Aku mahu perhatian mereka yang sayangkan aku. Aku ingin tertunainya hati mereka
dan hatiku. Aku perlukan bahu yang selesa untuk aku sandar. Aku mahu mereka
fahami aku ketika aku malu. Aku mahu mereka tahu betapa pentingnya mereka semua
dalam hidupku. Berhentilah amoi. Berhenti mengharapkan yang kadang-kadangnya
tidak akan kau dapati. Berhenti menjadi insan yang pentingkan diri sendiri.Jauh
disudut hati, ingin saja aku berputus asa. Tapi, mereka tidak pernah berputus
asa terhadapku. Kuatkan diri amoi.
Sedar daripada
pembedahan,bukan satu khayalan yang indah. Bangun disaat aku merasa tiada siapa
disisi, tiada siapa fahami diri. Sakit yang datang sendirinya seperti sakit itu
musuh dari zaman kecil yang dipendam berabad lamanya, dan sakit itu cuba
membalas dendamnya. Allah….!! Sakit ya Allah!. Semasa dalam CICU, melihat orang
lain berjalan seperti biasa pun menjadi kebencian diri. Aku bayangkan aku yang
berjalan. Aku bayangkan aku yang bercakap. Aku bayangkan aku yang ketawa, dan
aku bayangkan aku yang merawat pesakit..Betapa bersyukurnya andai itu aku.
Tapi, aku tidak boleh mengalah. Perkara pertama yang aku minta daripada doktor?
AIR. Ya Allah, betapa terdesaknya hati. Aku kehausan. Rasa seperti baru habis
berlari jauh di bawah panas terik. Kering dalam badan dan kesakitan yang tidak
dapat dibendung. Tapi, doktor bagitahu aku tidak boleh minum sehinggalah corong
pada mulut dibuka. Corong itulah yang buat aku mengerang malam-malam kerana
tidak dapat bernafas. Corong itu yang menghalang aku untuk minum air di waktu
itu.Aku benci pada corong itu. Penantianku satu malam seperti penantian seorang
kanak-kanak di Syria yang mengharapkan roti. Kini aku mengerti rasa itu. Dan
aku tahu yang aku seharusnya bersyukur dengan nikmat Allah. Allah hanya
membiarkan aku menunggu setitik air selama beberapa jam, dan aku mula mengerang
dan mengeluh seolah-olah tiada siapa yang boleh bantu aku walhal, kanak-kanak
itu masih boleh bermain dibawah panas terik menyimpan harapan yang tinggi untuk
memakan roti yang menjadi idaman mereka. Dikala itu, aku dihulur air berbagai
rasa saat corong sudah dibuka. Tidak bersyukur kah kau amoi? Aku tersiksa di
ICU…Ya Allah, aku tersiksa di ICU. Aku mencari harapan mereka yang diberikan
kepadaku sebelum ni, tapi tidak aku jumpa. Semuanya hilang oleh kesakitan yang
aku rasa saat itu. Waktu itulah aku faham kenapa arwah Amar Laila
mendedikasikan pembinaan pusat jantung di Sarawak ini. Tiada siapa yang dapat
merasa penderitaan pesakit jantung selain yang merasanya sendiri.
Selama ini, aku
percaya pada 1 prinsip yang sentiasa aku pegang sejak kecil. Manusia diberi
hanya dua pilihan dalam hidup mereka. Jalan yang baik dan jalan yang buruk.
Terpulang pada individu itu sendiri untuk memilih jalan hidupnya. Aku percaya
pada takdir Allah. Kita diberi peluang oleh Allah sebanyak yang mungkin untuk
kita sedar makna hidup. Mungkin ini cara-Nya menyedarkan aku. Alhamdulillah.
Sakit itu tetap sakit. Sebelum ini, Allah beri aku pilihan antara melakukan
pembedahan atau tidak. Dulu aku pilih tidak. Tapi Allah bagi petunjuk, dengan
menjadikan pilihan itu tiada. Tiada pilihan lain aku perlu lakukan pembedahan.
Pilihan yang kedua, diantara dua injap besi dan tisu, yang mana terbaik untuk
diri? Waktu itulah aku seperti cacing kepanasan mencari-cari jawapan untuk
pilihan. Kedua-dua pilihan ku tiada pilihan. Tisu, risikonya pembedahan kali
kedua. Besi, risikonya pendarahan yang menyebabkan strok/ ambik darah setiap bulan/
minum ubat seumur hidup dan…tidak digalakkan mengandung. Hanya mampu teriak
dalam ketawa. Apa ini ya Allah?...Pengakhirannya???
Aku memilih injap
besi dan menjadikan aku masih berbaring di atas katil hospital mengharapkan
keajaiban. Sekarang, semuanya sudah selesai. Tapi masih dalam kesakitan. Hanya
kepekatan darah yang ditunggu sehingga bacaan 3. Darah baru 2.44.. Lamanya lagi
amoi. Tiap hari kena sedut alat sehinggalah 3 bola itu naik. Setiap hari aku
kena biasakan diri dengan sakit ini. Aku terpaksa lawan. Bila ditanya skor
sakit, boleh saja aku katakan 10/10. Kerna sakit ini bukan sakit yang aku fikirkan
akan sakit seperti ini. Jujur aku katakan, seandainya aku dibagi pilihan untuk
memindahkan sakit ini kepada sesiapa, aku tidak akan pernah mahu untuk
memindahkannya. Senyum tawa manusia itu jadi indah bagiku bila melihat mereka sihat
dan menikmati hidup. Aku Aisyah Ahang. Seorang pesakit jantung yang masih dalam
rawatan. Mengharapkan kesihatan pulih sepenuhnya seperti sedia kala. Berat mata
memandang, berat lagi bahu memikul…aku insan yang memikul, tidak mahu ada
teman. J
Subscribe to:
Posts (Atom)