amoysongs




Search This Blog

Tuesday, 14 June 2016

EVERYTHING WILL BE FINE




19/04/2016 . Hari selasa ni akan menjadi hari bersejarah ku. Hari yang mungkin akan menjadi salah satu penentu hidup dan mati serta masa depan ku. Ini petunjuk dari Allah. Aku tahu…Cuma berdiam sahaja. Aku sakit jantung yang memerlukan pembedahan besar dengan menggantikan dua injap besi. Satu injap pula mengalami kebocoran dan perlu dibaiki. Kehidupan tidak seindah yang aku impikan dari kecil. Harus ada liku-liku nya yang membawa aku kepada kematangan, tapi bukan ini yang aku sangkakan. Allah sayangkan aku. Aku tahu itu. Kerna itu, aku berdiam dalam tawa. Apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya dalam kehidupan ini? Banyak kali aku menoleh mencari keinginan. Apa yang aku harapkan dari Tuhan? Sedangkan aku tidak menyatakannya. Sakit ini sangat sakit. Kenapa kau amoi masih berlari,tersenyum,ketawa,bergurau,berjalan ? Kenapa tidak nyatakan kepada mereka? Nyatakan saja kau sakit. Apa yang kau sembunyikan daripada mereka? Aku……
Aku hanya inginkan kebahagiaan mereka yang lain. Aku hanya ingin terlihat kuat di mata mereka. Kerna, aku sayangkan mereka. Aku hanya ingin mereka faham dengan sendirinya. Aku mahu perhatian mereka yang sayangkan aku. Aku ingin tertunainya hati mereka dan hatiku. Aku perlukan bahu yang selesa untuk aku sandar. Aku mahu mereka fahami aku ketika aku malu. Aku mahu mereka tahu betapa pentingnya mereka semua dalam hidupku. Berhentilah amoi. Berhenti mengharapkan yang kadang-kadangnya tidak akan kau dapati. Berhenti menjadi insan yang pentingkan diri sendiri.Jauh disudut hati, ingin saja aku berputus asa. Tapi, mereka tidak pernah berputus asa terhadapku. Kuatkan diri amoi.
Sedar daripada pembedahan,bukan satu khayalan yang indah. Bangun disaat aku merasa tiada siapa disisi, tiada siapa fahami diri. Sakit yang datang sendirinya seperti sakit itu musuh dari zaman kecil yang dipendam berabad lamanya, dan sakit itu cuba membalas dendamnya. Allah….!! Sakit ya Allah!. Semasa dalam CICU, melihat orang lain berjalan seperti biasa pun menjadi kebencian diri. Aku bayangkan aku yang berjalan. Aku bayangkan aku yang bercakap. Aku bayangkan aku yang ketawa, dan aku bayangkan aku yang merawat pesakit..Betapa bersyukurnya andai itu aku. Tapi, aku tidak boleh mengalah. Perkara pertama yang aku minta daripada doktor? AIR. Ya Allah, betapa terdesaknya hati. Aku kehausan. Rasa seperti baru habis berlari jauh di bawah panas terik. Kering dalam badan dan kesakitan yang tidak dapat dibendung. Tapi, doktor bagitahu aku tidak boleh minum sehinggalah corong pada mulut dibuka. Corong itulah yang buat aku mengerang malam-malam kerana tidak dapat bernafas. Corong itu yang menghalang aku untuk minum air di waktu itu.Aku benci pada corong itu. Penantianku satu malam seperti penantian seorang kanak-kanak di Syria yang mengharapkan roti. Kini aku mengerti rasa itu. Dan aku tahu yang aku seharusnya bersyukur dengan nikmat Allah. Allah hanya membiarkan aku menunggu setitik air selama beberapa jam, dan aku mula mengerang dan mengeluh seolah-olah tiada siapa yang boleh bantu aku walhal, kanak-kanak itu masih boleh bermain dibawah panas terik menyimpan harapan yang tinggi untuk memakan roti yang menjadi idaman mereka. Dikala itu, aku dihulur air berbagai rasa saat corong sudah dibuka. Tidak bersyukur kah kau amoi? Aku tersiksa di ICU…Ya Allah, aku tersiksa di ICU. Aku mencari harapan mereka yang diberikan kepadaku sebelum ni, tapi tidak aku jumpa. Semuanya hilang oleh kesakitan yang aku rasa saat itu. Waktu itulah aku faham kenapa arwah Amar Laila mendedikasikan pembinaan pusat jantung di Sarawak ini. Tiada siapa yang dapat merasa penderitaan pesakit jantung selain yang merasanya sendiri.
Selama ini, aku percaya pada 1 prinsip yang sentiasa aku pegang sejak kecil. Manusia diberi hanya dua pilihan dalam hidup mereka. Jalan yang baik dan jalan yang buruk. Terpulang pada individu itu sendiri untuk memilih jalan hidupnya. Aku percaya pada takdir Allah. Kita diberi peluang oleh Allah sebanyak yang mungkin untuk kita sedar makna hidup. Mungkin ini cara-Nya menyedarkan aku. Alhamdulillah. Sakit itu tetap sakit. Sebelum ini, Allah beri aku pilihan antara melakukan pembedahan atau tidak. Dulu aku pilih tidak. Tapi Allah bagi petunjuk, dengan menjadikan pilihan itu tiada. Tiada pilihan lain aku perlu lakukan pembedahan. Pilihan yang kedua, diantara dua injap besi dan tisu, yang mana terbaik untuk diri? Waktu itulah aku seperti cacing kepanasan mencari-cari jawapan untuk pilihan. Kedua-dua pilihan ku tiada pilihan. Tisu, risikonya pembedahan kali kedua. Besi, risikonya pendarahan yang menyebabkan strok/ ambik darah setiap bulan/ minum ubat seumur hidup dan…tidak digalakkan mengandung. Hanya mampu teriak dalam ketawa. Apa ini ya Allah?...Pengakhirannya???

Aku memilih injap besi dan menjadikan aku masih berbaring di atas katil hospital mengharapkan keajaiban. Sekarang, semuanya sudah selesai. Tapi masih dalam kesakitan. Hanya kepekatan darah yang ditunggu sehingga bacaan 3. Darah baru 2.44.. Lamanya lagi amoi. Tiap hari kena sedut alat sehinggalah 3 bola itu naik. Setiap hari aku kena biasakan diri dengan sakit ini. Aku terpaksa lawan. Bila ditanya skor sakit, boleh saja aku katakan 10/10. Kerna sakit ini bukan sakit yang aku fikirkan akan sakit seperti ini. Jujur aku katakan, seandainya aku dibagi pilihan untuk memindahkan sakit ini kepada sesiapa, aku tidak akan pernah mahu untuk memindahkannya. Senyum tawa manusia itu jadi indah bagiku bila melihat mereka sihat dan menikmati hidup. Aku Aisyah Ahang. Seorang pesakit jantung yang masih dalam rawatan. Mengharapkan kesihatan pulih sepenuhnya seperti sedia kala. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul…aku insan yang memikul, tidak mahu ada teman. J

No comments:

Post a Comment