amoysongs




Search This Blog

Tuesday, 14 June 2016

Harapan Yang Sebelumnya

Fikirkan semula Aisyah….

Apa yang kamu lakukan ini betul atau salah?

Kadang aku selalu pertikaikan keputusan sendiri. Kenapa perlu begini? Kenapa tidak bahagia sahaja? Lepas semua yang aku lalui ini, mungkin ada terbaik bagiku untuk sendiri. Sokongan itu bukan sekadar cinta sahaja. Kadang kesepian pun boleh jadi penenang diri. Aku harapkan keajaiban selepas pembedahan. Aku letak harapan yang tinggi dalam diri. Aku boleh mengandung, ada peluang walaupun berisiko. Tapi, takdir….kehendak Allah lain. Dia beri ujian yang sungguh besar dan bagiku besar sekali hikmahnya sampaikan aku sendiri tidak mampu untuk mengungkapkan rasa kecewa terhadap takdir. Kerna, takdir/perancangannya itu pastinya indah sekali tanpa kita ketahui. Aku banyak bincangkan hal ni dengan doctor. Aku ingin mengandung suatu hari nanti. BOLEH! Tiada masalah katanya. Tapi, risiko itu yang mak aku sendiri tidak dapat bayangkan betapa bahayanya sehinggakan mak cakap dia sanggup jaga aku seumur hidup.Bayangkan betapa sanggupnya seorang ibu yang berkorban. Kenapa aku perlu kecewakan mak? Aku..jadi serba kekurangan selepas pembedahan. Dalam masa yang sama, aku meletak harapan pada seorang lelaki yang sentiasa ada sebelum dan selepas pembedahan. Apa yang akan ku katakan padanya? Mulanya, dia redha dengan semuanya. “Tidak apa, saya terima semuanya’’..betapa leganya hatiku saat berbaring diatas katil hospital setiap kali aku merenungkan nasib diri yang serba kekurangan selepas pembedahan. Tidak mengapa bagiku andai ada yang kurang, kerna aku yakin dia ada disisi ku. Bahagia itu Allah simpan dalam hati sebagai penguat diri. Tapi, lepas semuanya? Fikirkan wahai Aisyah..aku sudah jadi seorang yang pentingkan diri sendiri. Aku meletakkan seorang lelaki sebagai lelaki yang menjadi penanggung derita. Penanggung derita itu yang perlu ketahui bahawa hidup bersamaku bermakna tiada zuriat, dan itu yang pastinya. Zaman sekarang, mana ada fikir lagi semua itu..Boleh ambil anak angkat. Kalau lah aku jadi insan yang mudah berfikiran seperti itu. Tapi, bersamaku juga..bermaksud aku sudah menjadi beban jagaan/pesakit buat dirinya. Sampai bila? Sampai akhir hayat?..
Maafkan aku atas segalanya..semua ni tidak dapat aku luahkan..kerna aku takut aku lemah dihadapannya. Jadi aku kena kuat untuk lalui semua ini. Keluarga menjadi kepentingan ku sekarang ini. Hanya Allah yang faham tentang rasa dan sakit ini. Aku tawakkal. Aku menantikan engkau sendiri yang bosan dan melepaskan aku pergi dan akhirnya, aku dilepaskan..semudah yang aku sangkakan. Pandai betul aku berlakon. Sakit ya Allah…sakit rasanya dalam hati ini . Sakit untuk tahu hakikat yang sebenar, dan aku terpaksa sembunyikan daripadanya. Jaga dia ya Allah. Dan jaga hati ini agar selalu ingat pada kebenaran-Mu. Keindahan yang aku perlukan sekarang hanyalah keluarga dan sahabat.
Aku…sudah terlalu penat melayan yang serius, kadang aku juga perlukan yang main-main.
Aku cuba yang terbaik untuk tidak ingat padanya untuk sehari saja. Masih mencuba, tengah mencuba. Mungkin semuanya perlukan masa. Aku faham, sekarang tiada apa yang dia mampu berikan. Tapi, khabar baiknya itu sudah cukup bagiku. Ketahuilah…aku baik-baik saja. Kadang aku rasa menanti, kadang rasa tidak. Sekali saja, ‘datanglah bertanyakan ku, bertemulah dengan ku dan katakanlah bahawa kau juga merasa apa yang aku rasakan disaat ini.’

Aku sentiasa memohon kehadiranmu tanpa perlu aku nyatakan. Tapi, semua itu hanya harapan yang aku impikan sewaktu aku berbaring di atas tilam yang dikelilingi hos oksigen sebelum pembedahan. Harapan itu hanya yang sebelumnya. Bukan yang sekarang, awak.

No comments:

Post a Comment