amoysongs




Search This Blog

Thursday, 18 August 2016

CINTAKU 4 TAHUN LEPAS

Hari ini, tergerak hati nak share something. Dari pagi sampai malam, jantung ini berdegup kencang. Macam ada something yang xkena. Aku pun xtau apa..Ada ayat yang menyatakan, ‘bukan kah mengeluh dan menangis di atas sejadah itu lebih baik daripada dengan lainnya’. Aku tak tahu apa yang aku takutkan sebenarnya. Penat rasanya bila jantung berdegup kencang yang amat sangat2.. sebab itu, aku banyak jauhkan diri daripada orang2 yang pernah buat aku sedih, dan marah. Kalau orang itu aku sanggup jumpa lama2, maknanya, orang tu buat aku  selesa bila dengan dia. Tapi, jika aku menjauhkan diri, maknanya, aku tidak selesa dengannya. Aku tak tahu apa yang aku nak. Jujur, aku hanya menipu diri sendiri. Betul lah kata mamat, aku xdapat nak move on lagi dari kisah yang lama. Aku memang seperti pergunakannya. Sekuat hati aku mengharapkan mamat akan menjadi insan yang dapat menggantikan insan yang dulu. HAMPIR. Semua itu hampir terjadi. Hampir saja aku melupakan kisah silam. Tapi, apa yang dia buat? Melakukan hal yang sama. Membuat luka yang sama.
 Apa yang aku tunggu lagi di Sarawak ini sebenarnya? Alasan untuk aku disarawak ini sudah tiada lagi. Kenapa aku masih menunggu ni? Sentiasa mengharapkan dia kembali dengan ku. Mengharapkan dia berada disisi ku saat aku perlukannya. Keluarga cadangkan aku untuk berhenti belajar, dan aku juga mahukan itu. Kerna aku sudah penat belajar. Aku tidak larat sudah…tapi, harapan masih membawa aku untuk kekal di Sarawak. Kenapa? Sebab aku sentiasa mengharapkan Allah membuka pintu hatinya semula untuk ku. 4 tahun, aku menantikan dia kembali. Berlakon seolah-olah aku baik2 saja tanpa dia. Jujur ya Allah, aku sudah tidak kuat lagi. Tolong lah kembalikan dia kepadaku. 4 tahun tanpa henti aku berdoa mengharapkan Allah melembutkan hatinya. 4 tahun aku melihatnya dengan orang lain. Aku tahu, dia tengah bersedih sekarang, kerna ditinggalkan kekasihnya. Sedih aku mengetahui semua ni. Tapi, dalam beberapa hari saja, hatinya sudah bahagia. Allahu alam. Maybe sebab ada pengganti dah? Hanya dia dan tuhan yang tahu. Yang pastinya, aku sentiasa doakan kebahagiaannya. Ramai kawan yang tak suka dengan dia sebab perbuatannya sebelum ni. Tapi, takpa, manja mu, sayangmu, kasihmu, hanya aku yang rasa. Jadi hanya aku yang tahu kebaikan mu.kekurangannya itu akan ku perbaiki sekiranya kami bersama.
Pelik lah..tetiba jak hati ni rasa tenang. Lepas nyatakan semua yang ku rasa, lepas semua sedih ni.. hmm… maybe lepas ni, xpayah nak cari pengganti sangat lah. Jadikan blog ni sebagai tempat aku meluahkan perasaan. Lagipun xletak follower pun. Biar xda pengkritik2 kat sini.. biar aku bebas menyatakan segalanya. Okeylah. Feel much more better now. Apa2 pun, nak cakap yang aku rindu dia hari ni. Sangat2..eh, bukan hari ni jak! Dari kami berpisah dulu, sampai sekarang. Makin hari, rindu ku makin kuat untuk dia. Semoga Allah sampaikan salam rindu dan cinta ku kepada nya agar dia juga rindu dan cintai ku setiap masa. K.

Chaw!
                                                                                                                                   AMOI

No comments:

Post a Comment