amoysongs




Search This Blog

Monday, 29 August 2016

Tekanan Darah naik..Airmata turun

Hari nii aku sakit hati betul...gara2 urusan unimas lah ni..sebelum ni kan aku ada terima duit pt sebelum masuk sem sept lepas.tapi aku tangguh belajar sebab aku perlu buat pembedahan jantung. Tapi, yuran ku pulak sudah dipotong padahal aku tangguh belajar. Aku rasa tenang sikit jugaklah bila pegawai ukp tu cakap xpa jangan risau bilang sebab yuran tu boleh di anjak ke sem depan. Tapi aku tangguh dua sem dan aku dah maklumkan bpps juga. siap aku hantar surat lagi. Pihak unimas sudah maklum bah pasal penangguhan ku ni.. Aku tak faham lah urusan unimas ni..tetiba plak cakap aku xda list ptptn. Kepala hotak betul lah... kenapa? kalau tangguh belajar terus buang nama student ka?? agak2 lah.. cakap tak serupa bikin betul..!! sama juga dengan kes ku nak masuk hosp..menyampah sangat2...bila di kol, macam2 nombor aku di pass sana sini..ingat apa?? aku kol pakai walkie talkie ka?? pakai hp tau! kalau pakai hp, top up pakai air ka?? TAK! PAKAI DUIT!!! Lepas tu cakap lama2 in the end, tak tau apa2 juga..bila tak tau apa2, passing plak ngan department lain. kenapa?? setiap department di unimas tu xda kaitan ka?? i mean musuh ka?? unimas jugak kan? 1 unimas jugak kan..cakap pun xsopan dengan pelajar..serius! menyakitkan hati betul!

AmoyDumbDiary

Thursday, 18 August 2016

RAYA 2016












CINTAKU 4 TAHUN LEPAS

Hari ini, tergerak hati nak share something. Dari pagi sampai malam, jantung ini berdegup kencang. Macam ada something yang xkena. Aku pun xtau apa..Ada ayat yang menyatakan, ‘bukan kah mengeluh dan menangis di atas sejadah itu lebih baik daripada dengan lainnya’. Aku tak tahu apa yang aku takutkan sebenarnya. Penat rasanya bila jantung berdegup kencang yang amat sangat2.. sebab itu, aku banyak jauhkan diri daripada orang2 yang pernah buat aku sedih, dan marah. Kalau orang itu aku sanggup jumpa lama2, maknanya, orang tu buat aku  selesa bila dengan dia. Tapi, jika aku menjauhkan diri, maknanya, aku tidak selesa dengannya. Aku tak tahu apa yang aku nak. Jujur, aku hanya menipu diri sendiri. Betul lah kata mamat, aku xdapat nak move on lagi dari kisah yang lama. Aku memang seperti pergunakannya. Sekuat hati aku mengharapkan mamat akan menjadi insan yang dapat menggantikan insan yang dulu. HAMPIR. Semua itu hampir terjadi. Hampir saja aku melupakan kisah silam. Tapi, apa yang dia buat? Melakukan hal yang sama. Membuat luka yang sama.
 Apa yang aku tunggu lagi di Sarawak ini sebenarnya? Alasan untuk aku disarawak ini sudah tiada lagi. Kenapa aku masih menunggu ni? Sentiasa mengharapkan dia kembali dengan ku. Mengharapkan dia berada disisi ku saat aku perlukannya. Keluarga cadangkan aku untuk berhenti belajar, dan aku juga mahukan itu. Kerna aku sudah penat belajar. Aku tidak larat sudah…tapi, harapan masih membawa aku untuk kekal di Sarawak. Kenapa? Sebab aku sentiasa mengharapkan Allah membuka pintu hatinya semula untuk ku. 4 tahun, aku menantikan dia kembali. Berlakon seolah-olah aku baik2 saja tanpa dia. Jujur ya Allah, aku sudah tidak kuat lagi. Tolong lah kembalikan dia kepadaku. 4 tahun tanpa henti aku berdoa mengharapkan Allah melembutkan hatinya. 4 tahun aku melihatnya dengan orang lain. Aku tahu, dia tengah bersedih sekarang, kerna ditinggalkan kekasihnya. Sedih aku mengetahui semua ni. Tapi, dalam beberapa hari saja, hatinya sudah bahagia. Allahu alam. Maybe sebab ada pengganti dah? Hanya dia dan tuhan yang tahu. Yang pastinya, aku sentiasa doakan kebahagiaannya. Ramai kawan yang tak suka dengan dia sebab perbuatannya sebelum ni. Tapi, takpa, manja mu, sayangmu, kasihmu, hanya aku yang rasa. Jadi hanya aku yang tahu kebaikan mu.kekurangannya itu akan ku perbaiki sekiranya kami bersama.
Pelik lah..tetiba jak hati ni rasa tenang. Lepas nyatakan semua yang ku rasa, lepas semua sedih ni.. hmm… maybe lepas ni, xpayah nak cari pengganti sangat lah. Jadikan blog ni sebagai tempat aku meluahkan perasaan. Lagipun xletak follower pun. Biar xda pengkritik2 kat sini.. biar aku bebas menyatakan segalanya. Okeylah. Feel much more better now. Apa2 pun, nak cakap yang aku rindu dia hari ni. Sangat2..eh, bukan hari ni jak! Dari kami berpisah dulu, sampai sekarang. Makin hari, rindu ku makin kuat untuk dia. Semoga Allah sampaikan salam rindu dan cinta ku kepada nya agar dia juga rindu dan cintai ku setiap masa. K.

Chaw!
                                                                                                                                   AMOI

Thursday, 11 August 2016

HANCUR SEMUANYA

Raya tahun ni adalah yang terbaik buat aku. Akhirnya aku sempat juga sambut raya dengan family. Aku nak cerita something yang berlaku masa raya. Aku tak tahu apa puncanya sampai lah sekarang. Aku balik sabah sebenarnya memang untuk my own family. Just got extra reason, which is Mamat. Aku tunggu dan tak sabar nak beraya ngan mamat. Aku sebenarnya tahu dia balik sabah. Tahu pun dari adiknya punya wechat…hmmm…kenapa dia xbagitahu, aku pun tak tahu. Tapi, masa tu bagi aku xpa. Mungkin dia ada sebab kenapa berdiam. Aku pun berani kan diri juga untuk tanya dia kalau dia balik sabah. Itupun baru dia bagitahu. Waktu tu aku jadi takut. Seolah-olah ada something yang xkena dengan hubungan kami. Tapi, aku kuat kan diri dan sedia dengan semuanya. Setiap kali dia xwassep, aku xpernah persoalkan apa2 atau minta alasan sebab aku xnak dia tertekan. Kadang ada satu tahap tu, aku sendiri yang wassep dia sbb nak tahu khabar dia..Entahlah ..aku tak faham lah lelaki ni. Kadang perempuan ni, dia tak perlukan apa2 dari kau. Perempuan hanya inginkan perhatian. Walaupun tiada ungkapan cinta itu, tapi perhatian itu sudah cukup. Menahan malu aku memulakan bicara, menanya khabar. Tapi, jawapan dia hanya sekerat-sekerat. Raya tahun ni, dia cakap nak datang rumah.Itupun sebab aku yang suruh. Kalau tak, jangan harap. Dia datang tu pun, half day jak spent time. Padahal lama sudah datang sabah. Hhmmm… tapi, aku diamkan semua tu.. half day pun half day jak lah. Yang penting dapat spent time together sbb aku tahu, lepas ni kami lama lagi untuk berjumpa. Maybe 1 year macam tu..or six month. Tu pun kalau dapat jumpa. Akhirnya dia sampai juga rumah..pastu aku cakap ngan dia nak keluar jalan2. Kami pun pergi nonton wayang. Punyalah aku happy, dia mau jugak nonton wayang..for me, at that time he still love me. Dia masih sayang kan aku. Bahagia hati ini hanya Tuhan yang tahu.. Lepas lalui kesukaran operation tu, at least mamat dapat legakan sedikit kesakitan. Sekurang-kurangnya mamat masih ada bersama ku. Dengan penuh semangat, manja, ketawa, aku keluar dengan dia. Dalam bas, aku dah fikir yang kami dah okey. Aku mesti kuatkan hati dan takkan buat apa2 kesalahan lagi terhadap mamat. Tapi, apa yang aku pikirkan semuanya x sama dan tak mengena dengan harapan ku. Ternyata dia tak merasakan rasa yang sama dengan ku. Masa Kami jalan sama, dia macam jalan dengan orang yang tak dikenalinya lagi. Aku boleh lihat dari riak wajahnya. Aku sedar di situ, dia tidak bahagia bersamaku. Tapi, aku kuatkan hati. ‘Nak tanya kah? Apa kena dengan dia ni?’ teringin nak tnya apa masalah dia. Kenapa dia macam xsuka keluar dengan aku. Ka dia terpaksa? Tahan wahai hati…-_-… kecewa ku hanya tuhan yang tahu. Lepas keluar sama, kami sama2 tunggu abang aku ambik. Sebab aku risau keadaan dia juga, aku mati2 paksa dia suruh kol family dia suruh ambik. Sebab dia datang dari jauh. Tapi, dia cakap okey2, nanti d bagitahu. Tapi, xda plak dia kol family dia.. Tu yang buat aku risau. Nak gila aku dibuatnya sebab risau. Kenapa lah dia tak faham..aku paranoid! At least tenangkan aku dengan satu panggilan telefon jak.. aku hanya risau sebab aku sayang sangat2…hmm.. Tapi dia buat biasa jak. Bila aku dah naik bas, aku masih lagi rasa bahagia bersamanya tadi. Last  for me, aku wassep dia, cakap aku sayang kan dia. Tapi, dia balas, cakap dia xboleh sayang aku macam dulu lagi. Hancur berkecai semuanya. Hanya mampu menangis jak. Tapi kenapa?? Jadi? Yang kita keluar tengok wayang tu untuk apa? Datang rumah ?? apa semua tu? Kenapa bagi harapan lepas tu hancurkan semuanya?? Kenaaapaaaa???? Lepas tu..bila aku tanya kenapa? Dia xbagi jawapan. Sebab aku operation?? Dia cakap tak..biarlah dia jak yang tahu. Ya Allah, tolonglah.. bagi satu reason jak.. at least tidak lah aku simpan apa2 dendam..

Tapi, tak mengapalah..bagiku semua itu sudah berlalu.. dari situlah aku faham..kadang mencintai tak semestinya memiliki kan… Dia yang ingin kan semua ni. Okey, aku tunaikan kehendak kau. Sampai sini sajalah….. mungkin aku perlu kuatkan hati saja..rawat hati sendiri jak. Semuanya perlukan masa. Aku takkan pernah ulangi lagi semua ni. Terlalu sakit bagi aku lalui semuanya. Walaupun tidak aku nyatakan sakit yang aku lalui dari 2012 sampai sekarang, orang tertentu pasti tahu. Satu hari nanti jika kejadian ini berlaku, aku hanya perlu berdiam saja kan. Tak perlu merayu lagi. Semuanya sudah hancurkan perasaan ku. Percayakah lagi aku pada lelaki? Mungkin masih…tapi, tidak sekuat dulu… sudah lah amoi.. hentikanlah harapan mu….. aku hanya ingin sendiri di waktu ini.