amoysongs




Search This Blog

Friday, 24 April 2015

Perpisahan 7 tahun

Throwback



“Hoii mamat!pulanglah kau kunak sana!” “assalamualikunnak!” “honey..” Ayat-ayat yang selalu diguna untuk buli sorang mamat dari kunak ni…masa tu umur nak masuk 13 (form1). Hahhaha…sungguh lawak dan indah zaman kanak-kanak kan..zaman merasa diri sudah pandai tapi sebenarnya masih takut untuk jauh daripada keluarga.Zaman yang menghampiri kegemilangan dalam kedewasaan tapi jauh lagi perjalanan…Aku ingat saat itu, kamu masuk dalam kelas dengan wajah yang innocent sangat..masih tiada rasa, hanya tertanya-tanya siapa gerangan. “Dia tu adik cikgu.” Statement orang yang tak berenti nak cakap..sebab tu aku mula merasa tidak suka..”so what kalau dia adik cikgu?!” hahahaha…mula lah aku lakukan pembulian ke atas budak lelaki kecil yang orang panggil mamat.Perasan juga dia seolah-olah tidak suka bila disuruh balik Kunak. Biasalah kan..orang baru datang ke tempat baru then people said you not belong here..kalau aku dibuat begitu,aku pun mungkin akan rasa apa yang dia rasa..tapi,waktu tu hanya rasa diri ni tak kisah dengan perasaan orang sebab aku orang tawau..hahahah!! Mamat…mamat…mamat…. Lama-lama dah kenal, mula rapat bila naik form2…ada satu subjek yang buat kami makin rapat lagi.Subjek yang kawan rasa tak logic tak dapat A…subjek Sivik dan kemanusiaan..hahaha…kami mula rapat bila buat projek di pusat sumber..Ingat lagi bila kita sama-sama ambil ranting kayu untuk buat tempat memo..ingat lagi bila aku dan kawan lain mula marah-marah kamu datang lambat untuk perjumpaan kita..hahahaha…ingat lagi bila aku suka usik kamu dengan menanyakkan siapa perempuan yang kamu mimpikan, panggil kamu dengan perkataan “honey”..jadikan kamu milik ku tanpa kebenaran dari kamu..hahahaha…tapi, aku menjadi senang juga sebab kamu tidak melawan atau menidakkan setiap usikan yang dulu sampailah aku mula menyimpan rasa yang tidak pernah diluah..Keadaan kesihatan aku yang tidak berapa bagus,keinginan kakak kamu yg kuat utk kamu belajar jadikan aku berpindah kelas bila naik tingkatan 3 sebab kebodohan diri..kamu pula kekal di depan…Masa itu tiada rasa dah..kita pergi sekolah yang sama, kelas yang sama tapi berbeza masa..Tiada teguran atau sapaan pun antara kita dua…lepas PMR, kita mula berpisah yang sebenar-benarnya…Tiada hubungan apa-apa pun..kamu dengan hidup kamu, aku dengan hidup aku..aku lalui zaman mendatang SPM bersama sahabat2 kita dan kamu berjuang ditempat yang baru…aku langsung tidak bagi khabar kerana merasa diri jauh sangat dari kamu…aku hanya melihat aspek kepandaian..kamu bijaksana,bijaksitu,bijak-bijak lah…macam aku ni..bodohsana,bodohsitu,bodoh-bodohan lagi…Jauh untuk aku kejar…Teringat lagi waktu kamu datang Apas untuk lawat kawan2 dan cikgu…aku ada lah nmpak kamu bengong! Tapi kamu tak nampak…mmpu pandang dari jauh jak…orang tanya kenapa tak jumpa? Bukan rapat ka dulu?..hehehhe..aku hanya mampu ketawa jak..tapi muka dah rasa panas sebab malu…. Lepas SPM, kita ikut haluan masing-masing juga.Aku ke negeri Bumi Kenyalang dan kamu ke Kota Raya yang pesat,Kuala Lumpur..tiada perkhabaran..kadang-kadang berhubung bila sampai birthday masing-masing…mulalah wish macam2…tapi, masih tiada rasa… Kamu dengan perempuan yang menjadi pilihan, tapi kamu cakap bukan cinta pertama…akhirnya kamu menyendiri utk tempoh yang lama…aku pula berjumpa lelaki yang menjadi cinta pertama,namun dikecewakan…dan aku juga menyendiri untuk tempoh yang lama… 14/02/2015 …kita mula berhubung atas dasar kasih melebihi perasaan sahabat..jangan ditanya dari mana datang rasa itu dan bagaimana…kerana kita berdua pun tidak tahu kan..? hahahahaha…termeterailah kita berdua dengan panggilan dari form 1 sebagai “sayang” dan “honey”…hahahahaha….mula kita imbau semula kenangan masa kecil yang tiada sudahnya..kau dengan rasa yang sebenarnya…aku yang masih marah dengan kesombongan kamu dulu…penjelasan demi penjelasan..akhirnya kita menyimpan rasa yang sama…kita mula berjanji utk jadi yg terbaik dalam segala hal..aku pun cuba perbaiki kesilapan, kamu pulak yang penuh romantika nya…hahahaha… Aku ‘temani’ kepulangan mu balik dari sabah ke KL…tiada bersuara..hanya chat yang panjang..tapi,boleh menjadikan rasa kesunyian kamu bersama dengan aku…doa ku yg tidak pernah putus…walhal baru saja mula rasa kasih itu…sayang itu makin kuat dengan keberanian nak bersuara…selepas 7 tahun, akhirnya kita mendengar suara masing2…seakan-akan tidak percaya..besar suda dua-dua…hahahaha….