Oleh kerana ubat itu pahit, mereka lebih rela tidak memakan ubat sebaliknya membiarkan penyakit mereka semakin teruk.Mereka tidak ada selera untuk memakan ubat kerana keinginan untuk sembuh sudah tiada.
Tetapi, bagi mereka yang ingin segera sembuh, pahit bagaimana sekali pun mereka akan memakannya.
Bagaimanapun ini memerlukan kesungguhan dan kesabaran. Perlu diingat, penyakit tidak akan hilang dalam sekelip mata.Mereka perlu memakan ubat secara berjadual sehinggalah penyakit merekaa sembuh.
Begitu juga halnya apabila mahu mengubati penyakit hati. Segala-galaanya memerlukan kesabaran walaupun untuk mengubatinya bukanlah perkara mudah.Selain itu, kekuatan iman dan keyakinan juga perlu bagi memastikan hati akan sembuh.
Seseorang yang tidak yakin dapat sembuh daripada satu-satu jenis penyakit, sudah tentu penyakitnya tidak akan sembuh. Oleh itu, sesiapa yang menderitai sesuatu jenis penyakit, sebaik-baiknya yakin akan sembuh disamping memohon doa kepada Allah.
KEMESTIAN MENILAI DIRI
Sudah menjadi tanggungjawab stiap manusia menilai diri sendiri sebelum Allah membuat penilaian. Ini perlu sebagai bekalan pada hari akhirat kelak sama ada apa yang dilakukan semasa di dunia adalah perbuatan yang baik mahupun sebaliknya.
"Wahai orang-orang yang beriman, berserahlah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap kamu melihat kembali apa yang telah kamu lakukan untuk hari esok."
(Surah al-Hasyr, ayat18)
Menurut Qatadah, Allah sentiasa memerhatikan apakah yang hambanya lakukan pada setiap ketika. Adakah mereka memperoleh kebaikan daripada apa yang mereka lakukan atau mereka meremehkannya sehingga mereka mendapat dosa.
Rujukan:
IBNU QAYYIM AL-JAUZIYAH
(bahagiakan hatimu)